Selamat Datang ke Laman ini!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kami ucapkan kepada para pengunjung yang sudi menjengah laman web ini. Kehadiran anda ke halaman ini adalah amat dialu-alukan dan kami juga berharap infomasi yang telah dimuatkan kepada pengunjung laman ini bertepatan dengan kehendak pengunjung serta dapat memenuhi tugasan BMM3105 iaitu Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Diharapkan maklumat yang telah kami sediakan di dalam laman web ini dapat membantu anda dalam mencari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkenaan.

 

"Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu."
(HR. Ath-Thabrani)

 

Hasil Pembelajaran BMM 3105

  • Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
  • Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Membina tapak pembelajaran yang mudah.
  • Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
  • Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam P&P bahasa Melayu.
  • Mengadakan simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video.

 

Sinopsis

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan, dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

 

Berita Terkini

SELESAI SUDAH SEGALANYA

28/04/2012 10:11
Alhamdulillah, selesai sudah pameran dan seminar bagi mata pelajaran BMM3105. Segala usaha dan penat lelah berakhir. Perkara yang belum lengkap sudah dilengkapkan. Alhamdulillah, terasa ringan beban dunia buat seketika, tetapi beban akhirat pula...

CARA MEMBUAT VIDEO YOUTUBE DALAM LAMAN WEBNODE ANDA

08/01/2012 14:22
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kami ingin berkongsi pengetahuan tambahan tentang penambahan video daripada Youtube.com ke dalam laman web dan blog anda. Untuk mendapat video seperti dalam website kami, anda boleh mengikuti langkah...
1 | 2 | 3 >>

Perhatian

Laman web ini masih dalam proses pembikinan. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan penambahbaikkan, anda boleh kemukakan cadangan tersebut pada halaman maklum balas agar kami dapat memperbaiki khidmat kami kepada para pengunjung laman ini.

Sekian dan wassalam.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

Ya (49)
64%

Tidak (28)
36%

Total votes: 77