TAJUK 10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

  • Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
  • Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
  • Membina bahan video dan audio

 

 

Tugasan-tugasan Amali 

Amali 1: Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

1. Bincang dengan ahli kumpulan anda untuk menentukan :-

  • peringkat pengajaran (induksi set, langkah pengajaran atau pada bahagian penutup) yang akan menggunakan video yang dibuat sebagai bahan pengajaran.
  • kemahiran bahasa (membaca, menulis atau lisan) yang akan diajar dengan menggunakan video sebagai bahan pengajaran.

 

 Amali 2: Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

  • Video yang akan dibina mesti mempunyai satu tema yang sesuai dengan sukatan pelajaran BM sekolah rendah
  • Video mesti sesuai dengan kemahiran bahasa yang hendak diajar
  • Durasi video bergantung kepada peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa yang hendak diajar
  • Video yang dibina tidak menyentuh isu-isu sensitif
  • Video yang dibina mesti mempunyai nilai-nilai murni
  • Bahan video yang dibina mesti dibina berpandukan papan cerita.

 

 Amali 3: Membina bahan video dan audio

  • Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, bina bahan video dan audio dengan menggunakan Movie Maker
  • Hasilkan satu RPH selama 60 minit menggunakan bahan video yang telah dibina.

 

Sila tekan pautan di bawah untuk memuat turun RPH Pelancongan :

(download)

 

 

VIDEO PENGAJARAN - PELANCONGAN

 

 

Amali 4: Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca

  • Muat turun teks audio "Gamat dan Rumpai Laut". (download)
  • muat turun audio "Gamat dan Rumpai Laut" ( download )