TAJUK 11

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video :

  • Konferensi secara atas talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

 

 

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas

  • Sidang video ( telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

 

Jenis Persidangan video

 

Jenis Perisian Persidangan Video

 

Tugasan Amali.

  • Tunjukkan cara-cara penggunaan salah satu perisian di atas (guna 'print screen' untuk menunjukkan secara ilustrasi)
  • Rancang satu RPH mengajar kemahiran bahasa Melayu secara sidang video dengan menggunakan perisian yang dipilih.

 

Cara Penggunaan Perisian Skype Bagi Menjalankan Aktiviti Secara Sidang Video

1. Klik butang Start yang terdapat pada skrin komputer anda. Pastikan perisian Skype telah disimpan di dalam komputer.

 

 

2. Klik pada pautan User/Skype Name dan masukkan nama pengguna anda.

 

 

3. Kemudian, klik pada butang password dan masukkan kata kunci yang anda gunakan.

 

 

4. Klik pada butang Sign Me In untuk memasuki ruangan akaun.

 

 

5. Pastikan perisian Skype anda sudah bersedia untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti sidang video.

 

 

6. Bagi menambah kenalan, klik pada butang Contact dan Add Contact.

 

 

7. Isikan ruangan Add Contact bagi menambahkan kenalan anda dan klik butang Add.

 

 

8. Sebelum menekan butang Send Request, anda perlulah memastikan sama ada anda menambah kenalan yang sepatutnya.

 

 

9. Permintaan menambah kenalan bagi perisian Skype anda telahpun dihantar. Anda perlu menunggu sehingga permintaan tersebut diterima oleh kenalan  

    berkenaan bagi membolehkan aktiviti siding video bersamanya dijalankan.

 

 

10. Setelah permintaan anda diterima oleh kenalan, klik pada gambar kenalan bagi memulakan sidang video.

 

 

11. Klik pada butang Video Call yang terdapat pada ruangan Chat.

 

 

12. Tunggu penerimaan panggilan daripada kenalan anda.

 

 

13. Setelah kenalan menerima panggilan video, anda bolehlah menjalankan aktiviti sidang video yang dikehendaki.

 

 

14. Selesai menjalankan aktiviti sidang video, anda dikehendaki klik pada butang yang berbentuk telefon merah untuk menamatkan panggilan.

 

 

15. Klik pada pautan Skype dan klik butang Sign Out.

 

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Sila klik pautan 'download' untuk menonton dan memuat turun Rancangan Pengajaran Sidang Video.

 

Rancangan Pengajaran Harian - Sidang Video

(download)