TAJUK 13

Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan

 

AMALI 1

  • Tunjukkan bagaimana anda mendapatkan animasi daripada internet.
  • Cari dan kumpul animasi percuma yang boleh didapati daripada internet dalam satu atau beberapa folder
  • Masukkan dalam CD-ROM dan hantar kepada saya
  • Dengan menggunakan animasi-animasi yang telah dikumpulkan itu buat satu BBM untuk mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah. Anda boleh menggunakan MS Power Point atau perisian lain yang sesuai.

 

AMALI 2

  • Dengan menggunakan animasi-animasi yang telah dikumpulkan semasa amali 1,  buat satu BBM untuk mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah. Anda boleh menggunakan MS Power Point atau perisian lain yang sesuai.

 

Cara Mendapatkan Animasi daripada Internet

Terdapat beberapa langkah atau cara untuk mendapatkan gambar animasi daripada internet. Berikut merupakan beberapa langkah yang telah digunakan untuk mencari gambar animasi tersebut :

 

Langkah 1 : Gunakan laman enjin seperti google.com, yahoo.com dan lain-lain lagi untuk mencari gambar animasi yang anda kehendaki. Saya menggunakan enjin pencarian yang kami paling gemari, iaitu google.com.

 

 

Langkah 2 : Setelah anda tiba di laman enjin pencarian tersebut, sila perhatian tab yang berada di atas sekali. Sila tekan pautan tab ' images ' .

 

 

Langkah 3 : Kemudian, tekan kata kunci gambar animasi yang anda hendak cari. Sebagai contoh, kami memilih untuk mencari gambar animasi yang berlari. Maka kata kunci yang telah digunakan ialah " running gif ". Format perkataan ' gif ' perlu diletakkan pada penghujung kata kunci kerana ianya merupakan format gambar animasi iaitu gambar yang bergerak.  Setelah menaip kata kunci, sila tekan butang biru di sebelah kotak pencarian.

 

 

Langkah 4 : Setelah anda tiba di satu laman enjin pencarian yang dipenuhi dengan gambar-gambar animasi, pilihlah gambar yang dikehendaki mengikut pilihan anda. Tekan gambar animasi tersebut.

 

 

Langkah 5 : Kemudian tekan " full size image " untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan besar.

 

 

Langkah 6 : Klik tetikus di bahagian kanan dan tekan butang 'save'. Simpan gambar animasi tersebut dalam folder yang anda kehendaki. 

 

Itu sahaja dari pihak kami. Sekian dan terima kasih.

 

 

Folder Gambar Animasi

Klik pautan gambar di bawah untuk memuat turun folder animasi :

 

BMM Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sila klik pautan bergambar di bawah untuk memuat turun Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah :