TAJUK 14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu :

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

 

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat

Amali 1: Cari maklumat tentang cakera padat

    a. Definisi

    b. Jenis-jenis

    c. Cara penyimpanan maklumat

    d. Kebaikan dan kelemahan

    e. Perbezaan CD dan DVD

   

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

Amali 2 :

a. Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu

b. Buat penelitian terhadap CD yang telah anda beli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik

 

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

Amali  3 : Berdasarkan CD pembelajaran  yang telah anda beli, bina RPH  untuk menggunakannya dalam p&p

 

AMALI 1 : MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT

Definisi Cakera Padat

*Cakera Padat adalah salah satu jenis storan optik.

*Cakera padat adalah sejenis cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada aslnya direka untuk menyimpan bunyi-bunyi digital.

*Sejenis peranti yang diperbuat daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

 

Jenis-jenis Cakera Padat

 

No. Jenis Cakera Penjelasan
1. Cakera Liut

- Sejenis peranti yang berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.

- Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur.

- Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan akan dibaca menggunakan pemacu cakera liut.
 

2. Cakera Keras - merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak.Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki.Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
 
3. Cakera Optik

- Sejenis cakera yang menggunakan teknologi laser untuk merakamkan data pada cakera.

- Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).

- Kesemua jilid ensiklopedia sekarang boleh dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.

- Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).

- Contoh cakera padat : (VCD) atau audio (CD-DA)

4. Cakera Kilat

- Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB.

- Lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.

- Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.

- Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kaliserta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun disambung dengan menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

 

 
 
Cara Penyimpanan Maklumat Di Dalam Cakera Padat

- Data ditulis dengan penciptaan lubang dan darat pada permukaan cakera tersebut.

- Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan.

- Bahagian darat merupakan bahagian yang paling tinggi pada permukaan.

- Peralihan antara lubang dengan darat atau sebaliknya akan diwakili dengan binari 1.

- Pembacaan data yang dilaksanakan adalah berdasarkan pada ketentuan masa iaitu bergantung pada kelajuan cakera berputar serta tindak balas cahaya.

- Jika cakera tidak mempunyai apa-apa data, tidak akan ada apa-apa yang berlaku pada cakera sekiranya cahaya dibalikkan dan cakera akan membacanya dengan binari 0.

- Anggaran lubang yang terdapat pada permukaan cakera adalah lebih kurang 4 atau 5 milion.

- Lubang-lubang ini akan disusun menjadi sebuah bentuk trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu iaitu bersamaan dengan 6 kilometer panjang.

- Jarak di antara setiap elemen pula dianggarkan lebih kurang 1.6 ribu mm panjang.

 

Kebaikan Dan Kelemahan Cakera Padat

 

Kebaikan Cakera Padat Kelemahan Cakera Padat

1. Ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

 

2. Dapat memuatkan dan menyimpan data dengan banyak.

 

3. Murah dan senang didapati di pasaran.

1. Permukaan yang mudah rosak atau sensitif.

 

2. Risiko data atau maklumat hilang kerana kerosakan yang dialami oleh cakera padat.

 

Perbezaan Antara CD dan DVD

 

CD DVD

1. Memiliki lubang-lubang yang disusun menjadi sebuah bentuk trek bulat.

 

2. Kapasiti storan yang lebih rendah.

 

3. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data.

1. Memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain.

 

2.Kapasiti Storan yang tinggi.

 

3. DVD boleh menyimpan antara 4.78GB sehingga 17GB bergantung kepada jenis format.

 

 

AMALI 2 : MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

 
Ciri-ciri Perisian Yang Baik 

Berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne.

Seperti di bawah :

 

Proses Pembelajaran Adegan / Fasa Pembelajaran
1. Memberikan perhatian. 1. Menarik perhatian.
2. Membentuk pengharapan. 2. Memaklumkan objektif pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan motivasi dan jangkaan.
3. Memindahkan ingatan lampau ke dalam ingatan jangka masa pendek. 3. Merangsangkan ingatan masa lampau.
4. Membuat persepsi selektif terhadap rangsangan baru. 4. Mempersembahkan maklumat baru ataupun isi pelajaran.
5. Enkodkan ke dalam memori jangka masa panjang atau penyimpanan ingatan. 5. Menyediakan panduan pembelajaran.
6. Mengingat kembali serta memberikan respons. 6. Menyediakan latihan.
7. Pengukuhan.

7. Memberikan maklum balas.

8. Menilai atau meninjau pencapaian.

8. Pengingatan. 9. Meneguhkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

 

Penelitian Terhadap CD

Berdasarkan Adegan / Fasa Pembelajaran : Teori Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne :

 

Adegan / Fasa Pembelajaran Huraian Berdasarkan CD
1. Menarik perhatian.

- CD menggunakan lagu berkaitan dengan haiwan sebagai set induksi bagi menarik perhatian murid yang menonton.

- Contoh lagu : Zoo Negara.

2. Memaklumkan objektif pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan motivasi dan jangkaan.

-  Menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid dengan jelas.

3. Merangsangkan ingatan masa lampau. - CD ini tidak menyediakan elemen yang mampu merangsang ingatan masa lampau murid-murid.
4. Mempersembahkan maklumat baru ataupun isi pelajaran.

- Penerangan terhadap maklumat dan isi pelajaran yang ingin dipelajari menerusi penjelasan berkaitan ciri-ciri haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut.

- Maklumat baru berkaitan ciri-ciri dann pemakanan haiwan juga turut disertakan.

5. Menyediakan panduan pembelajaran. - Panduan pembelajaran disediakan dalam bentuk maujud iaitu boneka yang berbentuk haiwan bagi membolehkan murid membuat rujukan ketika sesi teka-teki dijalankan.
6. Menyediakan latihan.

- Latihan dalam bentuk teka-teki iaitu 'Teka-Teki Nama Haiwan'.

- Pengajar akan menunjukkan boneka haiwan dan murid dikehendaki menamakan boneka tersebut dengan betul.

7. Memberikan maklum balas. - Maklum balas seperti pujian dan hadiah diberikan secara serta-merta kepada murid sebaik sahaja mereka dapat menjawab teka-teki tersebut dengan betul.
8. Menilai atau meninjau pencapaian. - Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid dalam sesi teka-teki sebentar tadi.
9. Meneguhkan ingatan dan pemindahan pembelajaran. - Peneguhan ingatan menerusi lagu yang kedua iaitu lagu yang bertajuk 'Kenali Haiwan' yang mengulang kembali isi pelajaran menerusi aktiviti nyanyian.

 

 

AMALI 3 : PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 

Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan CD

(klik pada pautan di bawah untuk melihat RPH)

Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan CD Pembelajaran.docx (29,4 kB)