TAJUK 6

Mengaplikasi Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian

 

Tugas Amali

  • Cari maklumat tentang perkara-perkara berikut dan paparkan pada laman web anda
  1. Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  2. Struktur Linear
  3. Struktur Rangkaian

Struktur-Struktur Perpautan

Struktur Linear

    Sistem perpautan dalam struktur ini memerlukan segala penerokaan maklumat yang ingin disampaikan disusun secara linear sama ada dalam satah menegak atau satah mendatar. Dengan kata lain, pengguna hanya boleh meneroka sesebuah perisian untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki hanya secara linear iaitu ke hadapan atau ke belakang sahaja.

    Ianya berfungsi seperti sebuah lembaran buku elektronik yang mana isi kandungan yang dimuatkan adalah dari satu skrin dipersembahkan secara berurutan dari helaian pertama sehingga helaian yang terakhir. Struktur ini dikatakan mampu mengetengahkan konsep zooming kepada maklumat yang lebih spesifik. Struktur linear sangat sesuai digunakan bagi aplikasi-aplikasi kecil dan tidak kompleks seperti persembahan slaid, cerita dan tutorial.

    Antara kelemahan struktur ini ialah pengguna akan cepat berasa bosan kerana mereka tidak diberikan peluang untuk berinteraksi secara meluas. Namun, struktur linear ini masih boleh digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu seperti dalam penyediaan latihan ataupun semasa menyampaikan sesuatu maklumat yang memerlukannya dipersembahkan demikian.

 

Contoh Rajah Struktur Linear :

 

 

 

sumber : imadegunatama.wordpress.com/2011/05/20/struktur-situs-web/    |    bmm3105norfizah.blogspot.com/2011/09/tajuk-6-membina-dan-mengaplikasikan_09.html   |   www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/Rekabentuk.pdf 

 

Struktur Hierarki

    Struktur ini juga dikenali sebagai struktur pokok. Kebanyakan laman web sememangnya menggunakan struktur ini kerana ianya bersifat fleksibel dan mudah untuk dikembangkan jika diperlukan. Setiap paparan yang dipaparkan akan mewakili topik atau tajuk utama sesuatu maklumat. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub-sub topik. Sub-sub topik ini juga boleh mengandungi sub topiknya yang tersendiri.

    Antara kelebihan struktur ini ialah pengguna dapat menerima atau mencari maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, peluang untuk pengguna sesat dalam proses pencarian maklumat juga dapat diminimakan dengan sebaiknya. Namun begitu, struktur ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri seperti pengguna mungkin berhadapan dengan masalah sekiranya aplikasi yang dipaparkan mempunyai paras maklumat yang terlalu banyak. Struktur hierarki ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu struktur hierarki lebar atau wide hierarki dan struktur hierarki pendek atau narrow hierarki.

 

Contoh Rajah Struktur Hierarki :

 

 

 

sumber : www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/Rekabentuk.pdf   |   bmm3105norfizah.blogspot.com/2011/09/tajuk-6-membina-dan-mengaplikasikan_09.html   |   imadegunatama.wordpress.com/2011/05/20/struktur-situs-web/ 

 

Struktur Rangkaian

    Dalam struktur ini, pengguna boleh menjelajah atau meneroka ruang maklumat yang dikehendaki melalui pelbagai arah dan cara. Struktur hierarki menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Antara kelebihan struktur rangkaian adalah memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka segala maklumat atau informasi dengan lebih mudah dan fleksibel. Selain itu, struktur ini juga sesuai sekiranya sifat-sifat bahan yang ingin disampaikan adalah kompleks. Hal ini akan membolehkan para pengguna mudah untuk membuat sebarang perkaitan atau capaian di antara satu topik dengan topik yang lain dengan lebih mudah dan pantas.

    Namun begitu, struktur ini boleh menyebabkan pengguna tersesat dalam proses pencarian maklumat sekiranya mereka menggunakannya tanpa perancangan yang betul dan rapi. 

 

Contoh Rajah Struktur Rangkaian :

 

 

 

sumber : www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/Rekabentuk.pdf   |   www.scribd.com/doc/49252197/Struktur-Perpautan-Dalam-Penyusunan-Bahan-P-P-BM

 

Struktur Komposit

    Struktur ini adalah struktur yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan struktur-struktur yang lain. Struktur komposit sering digunakan bagi menangani keadaan-keadaan yang mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

    Kebiasaannya, perisian pendidikan multimedia sering menggunakan struktur yang sebegini. Hal ini adalah bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat dicapai dengan lebih mudah mengikut keperluan pengguna dan juga keperluan semasa.

 

Contoh Rajah Struktur Komposit :

 

 

sumber : www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/Rekabentuk.pdf   |   bmm3105norfizah.blogspot.com/2011/09/tajuk-6-membina-dan-mengaplikasikan_09.html

 

Pembinaan Struktur Perpautan

 

Struktur Linear

 

Struktur Hierarki

 

Struktur Komposit

 

Struktur Rangkaian