TAJUK 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu :

  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
  • Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.

 

Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat

Latihan amali 1 : 

Cari maklumat tentang Model Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori Gagne.

 

Model Pemprosesan Maklumat Gagne

Pengasas Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

  • Robert Mills Gagne adalah seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat terpengaruh dengan sekolah Amerika.

  • Lahir pada 21 Ogos 1916, di North AndoverMassachusetts,

  • Meraih A.B. Gelar dari Yale tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940.

  • Merupakan  seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College untuk Perempuan (1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969)

  • seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969.

  • Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di tanpa tanah, Texas, dan Lowry, Colorado.

  • Bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan Amerika Syarikat Dinas Pendidikan (1.964-1.966).

  • Selain itu, ia menjabat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

 

Prinsip Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat 

  •  Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat.

  • Pengaliran maklumat dua hala.

  • Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 

  • Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

 

Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne
 

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

 

Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.


Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

 

a. Fasa Motivasi- Jangkaan

Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.

 

b. Fasa Tanggapan – Perhatian

Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

 

c. Fasa Penyimpanan - Kod

Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

 

d. Fasa Penahanan - Stor Ingatan

Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

 

e. Fasa Mengingat Kembali - Mencari

Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

 

f. Fasa Generalisasi - Pindaan

Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa. Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.

 

g. Fasa Prestasi - Gerak Balas

Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.

 

h. Fasa Maklum Balas - Peneguhan

 

Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.

 

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

 

 

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat

 

  • Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.

  • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.

  • Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

  • Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

  • Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

 

 

ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

 

KELEBIHAN

KELEMAHAN

KEBAIKAN

KESAN

- guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik.

 

- menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.

 

- Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.

 

- Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.

 

- Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam

- Jika sesuatu maklumat tidak diproses,ingatan jangka pendek akan hilang serta merta.

 

- Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.

 

- Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan.

 

- Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja.

 

- Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.

- Guru dapat menjimatkan masa.

 

- Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.

 

- Pelajar dapat membentuk konsep yang baik.

 

- Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.

 

- Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.

 

- Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

 

 

- sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.

 

- membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat.

 

- membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.

 

- menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran.

 

- Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan

 

 

SUMBER : Model Pemprosesan Maklumat l Fasa Pemprosesan Maklumat l

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat 

 

 

Model Pembelajaran Gagne

 

Berikut adalah lapan peringkat pembelajaran yang telah dikenal pasti oleh Gagne :

 

  

 

Menurut beliau, setiap peringkat pembelajaran hanya akan dicapai oleh seseorang pelajar itu sekiranya mereka telah menguasai peringkat pembelajaran yang sebelumnya.

 

Huraian bagi peringkat-peringkat pembelajaran yang dikemukakan Gagne adalah seperti yang dibawah :

a)      Pembelajaran Isyarat

·         Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat seperti apabila seseorang sedang menguap, orang lain akan mengetahui bahawa dia mengantuk.

·         Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku seperti murid akan meminta kebenaran untuk keluar kelas daripada gurunya.

 

b)      Pembelajaran Gerak Balas

·         Proses peneguhan adalah penting bagi mempereratkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.

·         Peneguhan diberikan secara konsisten dan tekal.

·         Contohnya : Aminah mendapat keputusan cemerrlang dan ibunya memujinya. Aminah berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang setiap masa bagi mendapatkan pujian daripa ibunya.

 

c)       Pembelajaran Rangkaian Motor

·         Digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik dan sebagainya.

·         Merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.

 

d)      Pembelajaran Pertalian Bahasa

·         Bagi menyatakan suatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa yang dipelajari dahulu bagi mengaitkan fakta, data dan konsep.

 

e)      Pembelajaran Diskriminasi

·         Belajar membezakan perkara yang dipelajari mengikut ciri-cirinya.

·         Untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpan dalam ingatan.

·         Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat yang tidak penting sekali gus memudahkan penyimpanan maklumat ke dalam ingatan jangka panjang.

 

f)       Pembelajaran Konsep

·         Bermula dengan pertalian bahasa dan diskriminasi bagi mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.

·         Pelajar dapat membentuk konsep yang baik dan sempurna setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.

 

g)      Pembelajaran Hukum

·         Melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.

·         Melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

 

h)      Pembelajaran Penyelesaian Masalah

·         Melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru.

·         Langkah penyelesaian masalah : kenal pasti masalah, cari maklumat, buat hipotesis, buat pilihan, buat rumusan.

 

Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat yang mengandungi lapan fasa pengajaran yang telah disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran seperti di bawah :

 

 

SUMBER : syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-gagne_7014.html

Membina Bahan P&P Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat dan Memori Gagne

Latihan Amali 2 :

Rancang satu rancangan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan teori pemprosesan maklumat dan model pembelajaran di atas.

 

Klik link di bawah untuk meneroka tapak web yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p)

alamsekitar0.tripod.com/index.html

 

 

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

 

Pautan di bawah merupakan hasil Rancangan Pengajaran Tahun 5 Cerdik berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat dan Memori Gagne.

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GAGNE 2012.docx (30,2 kB)