CARA MEMBUAT VIDEO YOUTUBE DALAM LAMAN WEBNODE ANDA

08/01/2012 14:22

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kami ingin berkongsi pengetahuan tambahan tentang penambahan video daripada Youtube.com ke dalam laman web dan blog anda. Untuk mendapat video seperti dalam website kami, anda boleh mengikuti langkah langkah berikut :

 

Layari laman web Youtube.com dan tulis di atas ruangan Search bagi mencari video yang anda inginkan untuk laman web atau blog anda. Contoh : Taip kata kunci 'Meet Uncle Hussain - Pokok' dalam ruangan Search.

Pilih video dan klik pautan yang anda kehendaki untuk diletakkan dalam laman web anda.

Kemudian tekan butang 'Share' yang terdapat di bawah video tersebut, seterusnya butang 'Embed'.

Kami biasa menggunakan kod (code) lama dalam proses mengedit. Jadi, sila klik pada 'Use Old Embed Code' yang telah tersenarai di bawah kotak ruangan kod. Jika anda ingin membuat perubahan pada saiz video, anda boleh memasukkan angka saiz dalam ruangan 'Custom'.

Apabila proses mengedit video selesai, Copy dan pergi ke laman webnode anda.

Untuk menjadikan Video itu bermain dalam setiap halaman website anda, sila LOGIN ke dalam akaun Webnode anda dan tekan butang oren yang tertulis Manage Website.

Kemudian, cari kotak pautan gambaran berwarna kelabu yang tertulis Edit your Website dan tekan butang pautan Start to Edit.

Bagi membolehkan video Youtube itu dapat bermain dalam setiap halaman website anda, anda hendaklah menekan pautan anak panah ke bawah Website Template yang terdapat pada toolbar di atas dan klik pada Advance Setting.

Cari butang butang Widget dan Drag and Drop pada ruangan yang anda suka, seterusnya Paste Code yang telah anda Copy sebentar tadi dalam kotak ruangan yang telah disediakan. Tekan butang Ok apabila selesai.

Untuk menjadikan video anda bermain secara sendiri (Autoplay), anda boleh menaip kod &autoplay=1 selepas nama fail video tersebut.

Sebagai contoh :

 
code yang mempunyai highlight oren merupakan nama fail video.
 
code yang mempunyai highlight hijau diletakkan selepas nama fail video.
 
Keadaan code setelah diubah suai adalah seperti berikut :
 
...src="http://www.youtube.com/v/6WCcOHJ61jw?version=3&hl=en_US&autoplay=1" type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="165" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true">
 
Kemudian klik butang Ok dan pergi ke penjuru paling atas atas toolbar website editor seterusnya klik pada pautan butang warna merah yang tertulis 'Close Setting'.
 
 
Publish laman web anda dan lakukan preview untuk melihat hasil kerja anda.
 
 
 
Selamat Mencuba!