Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Ia merupakan kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.
Contohnya :
- Mereka berjalan pada hari cuti.
- Anjing itu sedang tidur.
- Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Berdasarkan contoh ayat tersebut :
>> Dalam ayat pertama mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
>> Ayat kedua anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
>> Ayat ketiga hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
- Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
- Kata kerja tak transitif berpelengkap