LAPORAN AKTIVITI MINGGU 10

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 10

 

Aktiviti minggu kesembilan merupakan aktiviti yang paling digemari oleh kami kerana ianya berkenaan dengan pembinaan video dan penghasilan audio. Walaupun kami mempunyai pengalaman dalam pembinaan video, namun kami tidak pernah menggunakan satu perisian yang selain daripada Windows Movie Maker. Oleh itu, tugasan minggu tersebut telah memberi peluang kepada kami untuk menggunakan satu perisian baru, iaitu Corel VideoStudio 12 dan Windows Live Movie Maker. Bukan itu sahaja, pada minggu tersebut juga kami berpeluang untuk mengenali satu lagi perisian yang agak baru buat diri kami, iaitu Sound Forge. Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana minggu ini melalui penyediaan tugasan ini telah banyak memantapkan lagi kemahiran kami dalam penggunaan software multimedia. 

 

Sekian dan terima kasih.