LAPORAN AKTIVITI MINGGU 12

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 12

Tugasan minggu ke-12 merupakan salah satu daripada tugasan yang paling mencabar kerana kami dikehendaki menyiapkan perisian multimedia menggunakan Microsoft PowerPoint dan Slide Master. Hal ini adalah kerana ianya memerlukan usaha yang kuat disamping slaid yang telah kami bina memperuntukkan beberapa slaid yang agak banyak. Tambahan lagi, pensyarah mata pelajaran, iaitu encik Abdul Latib, telah memberikan beberapa contoh berkenaan dengan pembinaan slaid yang menarik dan mengajar cara membina slaid tersebut. Ianya merupakan satu perkongsian yang sangat bagus kerana kami memperolehi pelbagai ilmu baru yang tidak pernah kami pelajari sebelum ini.  Alhamdulillah, kami berasa lebih yakin dan teruja untuk menyiapkan perisian multimedia ini dan kami berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berjaya menyiapkan perisian multimedia yang sangat menarik.

 

Sekian dan  terima kasih.