LAPORAN AKTIVITI MINGGU 13

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 13

Pada minggu ini, iaitu minggu ke-13, kami dikehendaki mencari dan mengumpul beberapa bahan animasi yang menarik dan bahan-bahan tersebut akan dijadikan sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penerangan pensyarah sangat jelas dan bimbingan yang diberikan telah banyak membantu kami dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dengan menggunakan animasi yang dikehendaki. Pensyarah telah menunjukkan contoh penggunaan animasi dalam bahan P&P bahasa melayu yang menarik. Kami telah memilih tema haiwan dalam proses menyiapkan bahan animasi tersebut dan membina bahan menggunakan Microsoft PowerPoint dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru berkenaan dengannya. Akhirnya, kami berasa sangat bersyukur dan gembira kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan pada minggu ini dengan jayanya. 

 

Sekian dan terima kasih.