LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5

Alhamdulillah, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek BMM3105 telah dijalankan seperti biasa dengan suasana yang agak berbeza. Pada minggu ini, kami dikehendaki memhina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tugasan pada minggu ini, kami dikehendaki menyediakan dan melaksanakan prosedur pembinaan tapak pembelajaran, prosedur pembinaan laman web pembelajaran untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, iaitu membina tapak laman web webnode yang baru untuk digunakan bagi sesi P&P yang berkesan dan lengkap dengan mengaplikasikan mod TMK dikehendaki.  

 

Oleh itum tugasab amali ini memerlukan usaha kami dalam mencari maklumat mengenai mod penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti tutorial, aplikasi, komunikasi, dan penerokaan. Tugasan ini serba sedikit memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kami setiap mod yang terdapat dalam TMK serta serba sedikit membantu kami dalam mengaplikasikan  dalam tapak laman web baru yang telah dibina. Alhamdulillah, segala tugasan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. 

 

Sekian dan terima kasih.