Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang dll |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.
- konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
- abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Contohnya:
- Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
- Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.