Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama:

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk kata ganti nama diri(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).

  • Kata ganti nama tunjuk
  • Kata ganti nama diri

Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

 

Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 

Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan Contoh Ayat
Aku Merujuk kepada diri sendiri Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta Digunakan oleh kerabat diraja Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba Merujuk kepada diri sendiri "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya Merujuk diri sendiri Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

 

Kata Ganti Nama Diri Kedua Penggunaan Contoh Ayat
Anda Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak Merujuk diri orang kedua Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau Merujuk diri orang kedua Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu Merujuk diri orang kedua Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

 

Kata Ganti Nama Diri Ketiga Penggunaan Contoh Ayat
Beliau Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda Digunaan untuk kerabat diraja Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia Digunakan untuk diri orang ketiga Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka Bilangan orang lebih daripada seorang Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.