Kata Kerja Tak transitif

Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Ia merupakan kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang. 

 

Contohnya :

  • Mereka berjalan pada hari cuti.
  • Anjing itu sedang tidur.
  • Hujan turun dengan lebatnya semalam.

 

Berdasarkan contoh ayat tersebut : 

>>  Dalam ayat pertama mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

>> Ayat kedua anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

>> Ayat ketiga hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

  • Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
  • Kata kerja tak transitif berpelengkap