LAPORAN AKTIVITI MINGGU 11

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 11

Pada minggu yang ke-11 ini, tugasan adalah berkenaan dengan penggunaan sidang video bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan minggu tersebut juga turut mendedahkan kepada kami mengenai sidang video yang terdiri daripada skype, yahoo messanger, Windows Live dan sebagainya. Berdasarkan tugasan yang telah dilakukan, ianya telah membuka mata saya untuk menyedari bahawa pengajaran Bahasa Melayu ini mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyampaikan pengajaran, termasuklah dalam penggunaan teknologi seperti menggunakan sidang video. Kami juga dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran berdasarkan kepada penggunaan sidang video dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Maka, kami telah menggunakan skype sebagai salah satu pilihan daripada sidang-sidang video yang lain. Alhamdulilah, kami berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya.