LAPORAN AKTIVITI MINGGU 14

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 14

Minggu ke-14 merupakan persediaan dalam menyelesaikan tugasan terakhir sebelum melakukan pameran dan seminar. Pada minggu ini, kami dikehendaki untuk meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat. Minggu tersebut telah mendedahkan sedikit maklumat berkenaan dengan cakera padat dari segi namanya, jenis-jenis dan sebagainya. Selain itu, kami juga dikehendaki mencari dan membeli cakera padat pembelajaran dan menilai CD tersebut. Selain itu, kami juga dikehendaki menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dengan menggunakan CD pembelajaran yang telah kami beli. Walaupun tugasa yang diberikan agak mencabar, namun alhamdulillah segalanya dapat diuruskan dengan baik. Kami berasa sangat bersyukur kerana tugasan terakhir kami sebelum pameran dan seminar dapat diselesaikan dengan jayanya.

 

Sekian dan terima kasih.