LAPORAN AKTIVITI MINGGU 15

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 15

Minggu ke-15 merupakan keadaan yang agak mendebarkan bagi kami kerana kami dikehendaki mengadakan seminar dan pameran. Sebelum mengadakan seminar, satu perlantikkan jawatan kuasa telah dilakukan. Perlantikkan tersebut adalah bertujuan untuk melancarkan proses pengurusan seminar dan pameran. Seminar telah dijalankan pada hari Rabu, bersamaan dengan 26 April 2012, telah diadakan di blok baharu. Sesi seminar tersebut telah disampaikan oleh dua orang pembentangiaitu encik Nor Azam bin Ariffin dan encik Ishak bin Ayob.

 

Hasil pembentangan yang telah dibentangkan oleh kedua-dua pensyarah yang mempunyai kepakaran yang meluas dalam bidang teknologi ini telah menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas. Manakala sesi pameran pula telah berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, segala penat lelah akhirnya telah berakhir dan kami bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan subjek BMM3105 dengan jayanya.  

 

Sekian dan terima kasih.