LAPORAN AKTIVITI MINGGU 6

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 6

Alhamdulillah, sesi pengajaran bagi minggu keenam dapat diteruskan seperti biasa bagi subjek BMM3105. Seperti biasan, setiap minggu akan diperuntukkan oleh kami tugasan-tugasan mingguan yang dikehendaki oleh kami untuk laksanakan. Pada minggu ini, kami dikehendaki mencari maklumat berkenaan dengan beberapa jenis dan struktur pautan yang perlu diketahui iaitu seperti struktur linear, struktur hierarki, struktur komposit dan struktur rangkaian. Pencarian maklumat asas mengenai setiap jenis pautan ini bertujuan untuk mendedahkan kami dan memberi pengetahuan asas mengenai setiap struktur pautan-pautan tersebut.

 

Apabila kami telah melakukan sedikit pencarian maklumat dan memperolehi kefahaman dalam pautan-pautan tersebut, kami telah dikehendaki membina dan mengaplikasikan pautan-pautan tersebut. Pensyarah telah membantu dan mengajarkan cara membina pautan-pautan tersebut terlebih dahulu sebelum kami membinanya sendiri. Tunjuk cara pengajaran pensyarah sedikit sebanyak telah membantu kami untuk membina kesemua pautan tersebut sendiri mengikut kumpulan masing-masing.

 

Walaupun pembinaan pautan ini sukar untuk dilaksanaka kerana mengalami sedikit kekeliruan pada mulanya, alhamdulillah, kami telah berjaya membina pautan yang telah dikehendaki. Pengajaran pada minggu tersebut telah membantu dan banyak mengajar kami beberapa perkara yang tidak pernah kami ketahui sebelum ini. Kesukaran yang dihadapi lebih banyak membawa faedah dan pengetahuan. Alhamdulillah.

 

Sekian dan terima kasih.