LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7

 

Sesi kuliah bagi mata pelajaran BMM3105 telah berjalan sepeti biasa. Tugasan pada minggu tersebut, kami dikehendaki mencari bahan berkenaan dengan model pemprosesan maklumat. Pencarian maklumat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kami mengenai teori pemprosesan maklumat agar kami dapat mengaplikasikan teori ini pada masa akan datang. Di samping itu, kami juga dikehendaki untuk mencari maklumat berkenaan dengan teori pembelajaran Gagne untuk digunakan bagi tugasan amali kedua pada minggu ini.

 

Apabila tugasan pertama telah dilaksanakan, kami diekehndaki membina rancangan pengajaran harian berdasarkan model pemprosesan maklumat yang dicari bagi melaksanakan dan mengaplikasikan tugasan amali ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, kami merasakan bahawa banyak ilmu baru yang telah dipelajari bagi sesi amali kali ini terutamanya maklumat berkenaan dengan model pembelajaran Gagne dan juga teori pemprosesan maklumat kerana kami bukan sahaja berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan model dan teori tersebut malah dapat mengaplikasikannya dalam rancangan pengajaran harian yang akan dihasilkan. 

 

Sekian dan terima kasih.