LAPORAN AKTIVITI MINGGU 9

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 9

Tugasan minggu kesembilan adalah tugasan yang agak mencabar kreativiti, iaitu kami dikehendaki menghasilkan brosur, kad pengumuman dan newsletter secara atas talian. Tugasan ini bukan sahaja mencabar daya kreativiti kami, tetapi ianya juga memupuk kesabaran kami dalam menghasilkan bahan-bahan berkenaan secara atas talian kerana kemudahan internet adalah berbayar dan kadang-kala mengalami masalah gelombang internet yang agak rendah. Keadaan tersebut walaupun pada mulanya agak menyukarkan kami, namun kami tetap berusaha dalam menyiapkan tugas. Bukan itu sahaja, berdasarkan bahan yang telah dihasilkan, kami juga dikehendaki menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian. Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

 

 Sekian dan terima kasih.