LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran BMM3105 dalam minggu kedua, aktiviti yang telah kali laksanakan adalah kami diperlukan untuk mencari seberapa banyak mungkin maklumat mengenai beberapa jenis enjin pencari seperti Google.com, Yahoo.com, Ask.com dan sebagainya. Kami perlu mencari maklumat ini kerana ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami mengenai beberapa jenis enjin pencari yang boleg digunakan oleh pengguna internet dalam mencari bahan yang berupa sama ada dalam bentuk imej, audio, video dan sebagainya.

 

Selain itu, kami juga dikehendaki mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. Bahan-bahan tersebvut dikehendaki dimasukkan ke dalam folder terlebih dahulu sebelum diformatkan dalam bentuk fail .rar atau .zip. Bahan-bahan tersebut hendaklah terdiri daripada tiga folder kemahiran bahasa iaitu folder kemahiran menulis, folder kemahiran membaca dan folder kemahiran lisan yang terdiri daripada bahan-bahan yang diperlukan oleh guru bagi menjalankan sesi P&P mereka. 

 

Kami juga dikehendaki mengumpul dan mengkategorikan bahan berdasarkan video, audio, garfik dan teks. Beberapa bahan telah dipilih dan dikategorikan untuk dijadikan contoh bahan. Kami telah mencari bahan-bahan tersebut dengan menggunakan enjin pencari, laman web video seperti youtube.com dan sebagainya. Tambahan lagi, kami juga turut memuatkan mengenai cara-cara mencari bahan pengajaran Bahasa Melayu seperti cara memuat turun video daripada youtube.com.