TAJUK 1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

  • Menggunakan web, video, audio, dan imej

  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

 

Menggunakan Web, Video, Audio, dan Imej Dalam P&P Bahasa Melayu

ada

Proses globalisasi dunia dan negara adalah seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan, terutamanya dengan penggunaan internet dan multimedia dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Dengan danya kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan pada masa kini, penggunaan elemen-elemen animasi seperti pergerakkan, warna dan illustrasi kini mampu disampaikan dalam bentuk yang lebih efektif melalui multimedia interaktif. Dengan adanya pengetahuan dalam menggunakan web, video, audio dan imej dalam proses P&P Bahasa Melayu, guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

 

A. Penggunaan Imej Dalam P&P

Jika dahulu, bahan maujud sering digunakan dalam proses P&P, seperti gambar-gambar dalam keratan akhbar, majalah ataupun poster bagi menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Dengan kemajuan yang pesat dalam pendidikan, penggunaan imej daripada internet semakin giat digunakan kerana imej-imej yang dikehendaki mudah ditemui. Imej-imej tersebut banyak membantu guru dalam pengajaran sebagai bahan rangsangan terutamanya dalam pengajaran penulisan karangan.

 

Oleh itu, terdapat beberapa langkah-langkah penggunaan bahan imej sebagai bahan bantu mengajar subjek Bahasa Melayu :

 

Untuk mencari gambar yang dikehendaki, anda boleh menggunakan enjin pencarian seperti Google.com, Yahoo.com, Bing.com, Ask.com dan sebagainya. Namun begitu, kami akan menggunaan enjin pencarian paling popular iaitu Google.com kerana maklumat yang dikehendaki menepati kemahuan pengguna. 

Apabila anda telah masuk ke halaman tersebut, anda boleh mencari gambar yang anda kehendaki di dalam ruang yang telah disediakan. Anda hendaklah menaip kata kunci yang mudah dan sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. Contohnya, taip kata kunci 'Pembalakan Haram' pada ruangan carian (search) pada laman tersebut.

Klik pada pautan 'images for pembalakan haram' dan pilihlah imej yang sesuai menarik.

Kemudian, klik pada pautan yang tertulis 'Full-size Image' bagi mendapatkan gambaran yang lebih besar dan jelas tentang gambar yang telah dipilih.

Kemudian, klik tetikus pada bahagian dan anda akan mendapati imej segi empat yang mengandungi beberapa maklumat, dan sila tekan pada 'save image as..' untuk memuat turun gambar tersebut.

Kemudian, simpan gambar tersebut dalam dokumen atau fail yang anda kehendaki, seterusnya menekan butang 'Save'.

 

B. Penggunaan Video Dalam P&P

Seperti biasa, layari halaman enjin pencarian (cth : Google.com) dan menaip kata kunci video di dalam ruang yang telah disediakan. Kata kunci perlulah sesuai dan ringkas. Contohnya, taip kata kunci 'Bangau oh bangau' pada ruangan carian (search) pada laman tersebut.

Klik pada pautan video yang pertama iaitu 'Bangau Oh Bangau - Youtube'.

Mainkan video seperti biasa.

 

C. Penggunaan Audio Dalam P&P

Seperti biasa, layari halaman enjin pencarian (cth : Google.com) dan menaip kata kunci video di dalam ruang yang telah disediakan. Kata kunci perlulah sesuai dan ringkas. Contohnya, taip kata kunci 'Lagu Pokok MP3' pada ruangan carian (search) pada laman tersebut. Kami menggunakan kata kunci MP3 kerana ianya format bagi fail muzik. Jika anda ingin mencari lagu/audio, sila taip kata kunci MP3 untuk memudahkan pencarian.

Klik pada pautan audio yang kedua iaitu 'Lagu Pokok Meet Uncle Hussain'.

Apabila anda telah tiba dalam laman pautan tersebut, sila klik pada pautan yang kedua juga iaitu 'Pokok - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan Lirik [HQ Audio]'.

Setelah mengklik pautan tersebut, anda akan tiba dalam halaman seperti gambar di bawah. Perhatikan laman itu, anda boleh mendengar audio mahupun memuat turun. Jika anda ingin mendengar lagu, anda boleh memainkan lagu tersebut yang terdapat di bawah pautan 'Click Here to Download MP3'. Jika ingin memuat turun lagu tersebut, anda boleh menekan pautan 'Click Here to Download MP3'.

Sekiranya anda telah mengklik pautan tersebut, anda akan tiba di halaman seperti gambar di bawah. Sila tekan pautan 'Download' yang terdapat dalam ruangan biru untuk memuat turun lagu tersebut dan tekan 'Save File', seterusnya butang 'Ok'.

Apabila proses muat turun selesai, mainkan lagu seperti biasa.

 

Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Fail Internet

  1. Laras Bahasa

            www.tutor.com.my/stpm/laras_bahasa.htm

 

        2.  Simpulan Bahasa

            ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Simpulan_bahasa

 

        3.  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

            ms.wikipedia.org/wiki/Psikolinguistik

 

        4.  Strategi Pengajaran

            www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/strategi-pengajaran.pdf

 

        5.  Pengenalan Morfologi

            www.scribd.com/doc/24509940/1-1-Pengenalan-Morfologi

 

        6.  Pengajaran Mikro

             whatta.ipgmksm.edu.my/?p=61

 

        7.  Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak

             www.haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak.html

 

        8.  Sintaksis

             www.slideshare.net/Rakatajasa/sintaksis-4044744

 

        9.  Kata Kerja

             www.pingming.edu.my/malay/kata_kerja.html

 

       10.  Ayat Tanya

             www.oocities.org/yus7441/atanya.htm

Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Katalog Internet

Tajuk Memartabatkan Bahasa Melayu
Url dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769
Sinopsis Perbincangan tentang penggunaan Bahasa Melayu dari dulu hingga kini serta langkah-langkah bagi memartabatkan Bahasa Melayu.

 

Tajuk Gagasan Memartabatkan Tulisan Jawi
Url lms.oum.edu.my/e-content/HBML4103SMP/content/07180048HBML4103_V1_beta/topic6/6_2.html
Sinopsis Perbincangan tentang langkah-langkah serta usaha-usaha yang telah dilakukan bagi memartabatkan tulisan jawi.

 

Tajuk Kewajaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
Url dwnmasyarakat.dbp.my/?p=840
Sinopsis Tujuan-tujuan utama sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan terhadap rakyat di Malaysia.

 

Tajuk Warga Asing dan Bahasa Melayu
Url www.pabm.com.my/terkini.html
Sinopsis Kepetahan anak muda warga asing berpidato dalam Bahasa Melayu.

 

Tajuk Pejuang Bahasa, Hassan Ahmad Meninggal Dunia
Url   www.malaysiakini.com/news/174522
Sinopsis Artikel berkenaan berita kematian Hassan Ahmad, iaitu pejuang bahasa yang disegani serta sumbangan-sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang hayatnya.

 

Tajuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Url www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=296&Itemid=33&lang=bm
Sinopsis Artikel membincangkan tentang perkembangan seni kraftangan di Malaysia.

 

Tajuk Adat Resam Masyarakat Melayu (Perkahwinan)
Url malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm
Sinopsis Artikel membincangkan tentang prosedur-prosedur yang terpaksa dilalui oleh pasangan pengantin Melayu sebelum menempuh alam perkahwinan.

 

Tajuk Asal Usul Bahasa Melayu
Url kedah.edu.my/kewangan/images/fail/asal%20usul%20bahasa%20melayu.pdf
Sinopsis Artikel membincangkan tentang asal usul penutur jati Bahasa Melayu dan asal usul bahasa itu sendiri.

 

Tajuk Pantang Larang Masyarakat Melayu Tradisional
Url intim.wordpress.com/2007/06/27/pantang-larang-orang-melayu-tradisional/
Sinopsis Artikel membincangkan tentang pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu.

 

Tajuk Adat Resam Melayu : Menyambut Kelahiran
Url www.ashtech.com.my/adat/menyambut_kelahiran.html
Sinopsis Artikel membincangkan tentang pantang larang yang perlu dipatuhi semasa wanita sedang hamil dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak.