TAJUK 5

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.

 

Tugasan Amali

  • Cari maklumat tentang mod penggunaan TMK
  1. tutorial
  2. aplikasi
  3. komunikasi
  4. penerokaan
  • Prosedur Pembinaan tapak Pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur Pembinaan laman web Pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.

 

 

Mod Penggunaan TMK

  • Merupakan mod yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.
  • Digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjukcara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.
  • Memberi fokus terhadap penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.
  • Mod ini sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

 

KEBAIKAN

  • pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar.
  • memberi peluang kepada pelajar  melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran.                    
  • memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka.
  • guru berpeluang untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.
  • pelajar aktif membina pengetahuan.

 

KEBURUKAN

  • Pelajar mudah hilang haluan dalam P&P
  • Masa pembelajaran lebih lama.

 

PAUTAN BERKAITAN

https://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

https://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=BM&b=NOV&m=2&r=m&i=NOTA

https://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/19/punca-punca-gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja-2/

 

  • Mod komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. (Cth : Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web).
  • Mod ini sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan.

 

KEBAIKAN

  • memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
  • memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran.
  • Maklumat-maklumat mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.
  • meningkatkan penglibatan pelajar
  • mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari seluruh dunia.

 

KEBURUKAN

  • leka berkomunikasi / hilang perhatian dalam komunikasi.
  • Kos P&P tinggi
  • Masa P&P yang lama mungkin membosankan.

 

PAUTAN BERKAITAN

https://www.skype.com/intl/en-us/home

https://explore.live.com/messenger

https://messenger.yahoo.com/

 

  • Mod aplikasi digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat itu kepada pelajar yang lain.
  • Mod ini sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi.
  • Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

 

KEBAIKAN

  • Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan.
  • Pelajar-pelajar dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer di alam pekerjaan kelak

 

PAUTAN BERKAITAN

members.tripod.com/mr_lego_joe/free_online_tutorials.htm

www.techtutorials.net/

 

  • Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing, memberi latihan dan menilai pencapaian.
  • Mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

 

KELEBIHAN

  • Sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.
  • Sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri.
  • Sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah.
  • Sesuai bagi guru yang menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.
  • Dapat mengindividukan pelajar.
  • Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. 
  • Boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. 

 

PAUTAN BERKAITAN

tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm

www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=10

 

 

SUMBER : Latihan guru bestari l Teknologi maklumat dalam Pendidikan l ICT Dalam P&P

Prosedur Pembinaan Laman Web Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Cara - cara pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan WEBNODE adalah seperti di bawah :

 

1. Klik pada pautan My Project yang berada pada ruangan sebelah kiri dan atas laman web jika anda telah pun mempunyai laman web persendirian yang   pertama.

 

 

 

2.Klik pada Create New Website.

 

 

 

3.Kemudian isikan nama laman web yang anda ingini di ruangan yang telah disediakan dan klik butang Sign Up and Launch launch website.

 

 

 

4. Anda dikehendaki mengisi ruangan-ruangan yang telah disediakan seperti alamat laman web, slogan dan bahasa yang ingin dipilih dan klik Continue.

 

5.Setelah itu, anda dikehendaki memilih template yang anda ingini dan klik butang Finish.

 

6.Kini laman web anda bolehlah digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

 

 

Tapak Laman Web Kami :

hujung-jari.webnode.com/

Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Bahasa Melayu

 

Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.   Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku.  Dalam model ini terdapat enam langkah:

  • Analyse learner (Analisis pelajar).
  • State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
  • Select media and method (Pilih media dan kaedah).
  • Utilise media and method (Gunakan media dan kaedah).
  • Require learner response (Dapat respons pelajar).
  • Evaluate (Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran).

 

1. Analisis ciri pelajar.

  • Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi.
  • Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.  

 

2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.

  • Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
  • Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

 

 

 3. Pilih media dan bahan.

  • Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

 

 

 4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

  • Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
  • Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
  • Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.
  • Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.
  • Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

 

 

 5. Libatkan pelajar.

  • Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak  balas yang betul (Skinner, 1954).

 

 

 6. Nilai dan semak semula bahan.

  • Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:
  1. Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?
  2. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
  3. Adakah suasana pembelajaran selesa?
  4. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

 

SUMBER : Model Assure l

 

 

6 LANGKAH MODEL ASSURE

 

ANALYSE LEARNER (ANALISIS MURID)

-Tentukan  kelas  sasaran anda

-Tentukan  tahap murid  (pandai, sederhana, lemah) sasaran anda

-Kenal pasti  pengetahuan sedia anda murid anda

-Tentukan gaya pembelajaran murid sasaran anda

STATE OBJECTIVES (TENTUKAN OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN)

-Tentukan kumpulan sasaran

-Nyatakan bentuk tingkah laku baharu

-Nyatakan syarat perlakuan

-Nyatakan darjah tahap pencapaian minimum perlakuan

UTILIZE MEDIA AND MATERIALS (GUNAKAN MEDIA DAN  BAHAN SUMBER)

-Pastikan Penggunaan media dan bahan sumber secara berpusat murid

-Pastikan Penggunaan media dan bahan sumber sesuai dengan objektif dan murid

-Rancang Penggunaan media dan bahan sumber secara menarik minat murid

-Rancang Penggunaan media dan bahan sumber menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai (tutorial/penerokaan/komunikasi/simulasi/aplikasi dll)

REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (LIBATKAN MURID DALAMPEMBELAJARAN)

-Libatkan murid dengan pelbagai aktiviti yang dirancang

-Gunakan pelbagai media dan bahan sumber untuk menarik minat murid

EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK SEMULA)

-Rancangkan  dan bina alat-alat penilaian untuk menilai pengajaran dan pembelajaran murid.

 

Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Bahasa Melayu

 

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

 

sukatan pelajaran bahasa melayu kbsr.pdf (67 kB)

hsp_bm_sk_thn1.pdf (730,5 kB)

hsp_bm_sk_thn2.pdf (161,1 kB)
hsp_bm_sk_thn3.pdf (274,9 kB)
hsp_bm_sk_thn4.pdf (223,1 kB)
hsp_bm_sk_thn5.pdf (240,5 kB)
hsp_bm_sk_thn6.pdf (484,2 kB)