Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143).

 

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
Ibu memasak kari ayam
Ahmad menendang bola

 

  • Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).

 

Contoh ayat :

1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

 

Kata kerja transitif terbahagi kepada dua, iaitu :

  • kata kerja transitif aktif
  • kata kerja transitif pasif