LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4

Alhamulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dapat diberi peluang untuk meneruskan sesi pengajaran BMM3105 bagi minggu keempat. Tugasan minggu ini, kami dikehendaki mencari dan mengumpul bahan daripada internet berkenaan dengan syair, gurindam, pantun, dan sebagainya berkenaan dengan prosa dan puisi tradisional. Kesemua bahan ini perlu dikumpul dan dicari bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Pengumpulan bahan-bahan yang telah dicari daripada perlbagai sumber ini perlu disusun mengikut kategori serta meletakkan pautan agar memudahkan pembaca atau pengunjung laman web untuk membuat rujukan atau pembacaan.

 

Pencarian dan pengumpulan bahan-bahan ini dapat membantu pengunjung laman web untuk menambah pengetahuan dalam bidang bahasa melayu, serta bidang-bidang lain. Hal ini kerana, pencarian maklumat tidak hanya tertumpu dalam ilmu bahasa semata-mata, tetapi turut mempunyai maklumat ringkas berkenaan dengan ilmu sains yang ringkas. Bukan itu sahaja, tugasan yang kami laksanakan ini bukan sahaja akan membantu dalam memantapkan kemahiran mencari dan mengumpul bahan daripada sumber internet, malah ia juga membantu kami dalam menambah pengetahuan dalam ilmu ICT.

 

Sekian dan terima kasih.