LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1

Pada minggu pertama ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan laman web persendirian secara berpasangan di webnode.com. Kami diminta untuk mengemas kini infomasi yang sedia ada di dalam laman web tersebut. Kami juga dikehendaki menggunakan enjin pencari untuk mencari beberapa jenis bahan bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kami telah memulakan pencarian maklumat seperti video, audio dan imej yang sesuai untuk digunakan bagi mengajar subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi pengajaran yang berlangsung di Makmal 1 ini juga, kami juga telah belajar cara menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai bagi mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, dalam sesi pengajaran ini juga kami turut diajar untuk menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami tidak menghadapi sebarang masalah yang besar bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan.